Thursday, April 16, 2009

SEJARAH PSS SMKDMY





PSS SMKDMY mula diasaskan pada September 1989 di tingkat 1, Blok B sekarang. Atas usaha PIBG dan pihak pentadbiran, maka PSS berpusat cuba diujudkan di Blok C . Peruntukan dipohon daripada mantan Menteri Besar N. Sembilan iaitu Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad berjumlah RM 20,000.00. Atas keperihatinan beliau maka PSS sekarang telah berjaya diadakan dengan mengambil alih bilik-bilik darjah di blok tersebut untuk dinaik taraf menjadi perpustakaan, bilik AV dan bilik BBM. Maka pada bulan Julai dan Ogos 1990, PSS telah berpindah ke blok yang sedia ada kini.






Guru-guru yang terlibat dalam usaha pembentukan PSS ini ialah Puan Rosni bt Mahadi, Puan Fadillah bt Hj Harun dan Cik Mariahni bt Mohamad. Pengetua yang memimpin usaha ke arah pembentukan PSS ini ialah Tn. Haji Abdul Aziz bin Saleh dengan dibantu oleh GPK Akademik En. Saari bin Hj Awaluddin dan GPK HEM, En. Mahmud bin Kassim. Pegawai PKG yang membantu pula ialah En. Lokman bin Hitam yang pada ketika itu menjadi pegawai PKG kawasan Linggi. PKG kawasan Linggi di letakkan di SK Linggi sebelum ditukarkan menjadi PKG Rantau.






Setelah segala usaha untuk pembentukan PSS ini selesai, maka upacara perasmiannya telah diadakan pada 29 April 1993 bersamaan 7 Zulkaedah 1413Hijrah. Perasmian dilakukan dengan gilang-gemilang oleh Tan Sri Dato' Sri Utama Hj. Mohd Isa. Beliau turut diiringi oleh Timbalan Pengarah Pelajaran JPNS, En. Zainal Abidin bin Mohd Yusof, pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil jabatan, ketua-ketua masyarakat dan masyarakat di sekeliling Mukim Linggi.






Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar perasmian PSS SMKDMY yang penuh gilang-gemilang itu.

Wednesday, March 25, 2009

Kursus eduwebtv di SK Lukut.


Pada............. (dah lupo pulak dah) semua guru GPM dipanggil untuk menghadiri kursus eduwebtv oleh JPNS . Kena kursus dua hari. Alamak, tak sodap kursus tu . Macam kursus yang prestariang buat tu. Kena buat RPH lagi. Nasib baik kena buat dlam kumpulan. Selepas ini kena buat kursus dalaman kepada semua guru di sekolah. Kena guna peruntukan LDP. Puaslah kena buat projek paper lepas ni.

Tuesday, March 24, 2009

PSS SMKDMY LINGGI dah ada blog.... hebat tu!!!

Waak po.h, bangganya hari ini sebab PSS SMKDMY dah dapat cipta blog sendiri. Berbaloi betul pergi mesyuarat dan kursus hari ini. Kalau belajar perkara-perkara baru macam ni masa pergi kursus oklah. Seronok rasanya. Tak delah asyik benda-benda basi aje yang nak didengar setiap kali mesyuarat. Kalau macam ni selalu kena panggil pun tak apa. Terima kasih banyak-banyak kepada PKG Rantau (En. Norizan Nordin) yang telah mengajar perkara ni. Bolehlah masuk ke majlispkgns.