Thursday, April 16, 2009

SEJARAH PSS SMKDMY





PSS SMKDMY mula diasaskan pada September 1989 di tingkat 1, Blok B sekarang. Atas usaha PIBG dan pihak pentadbiran, maka PSS berpusat cuba diujudkan di Blok C . Peruntukan dipohon daripada mantan Menteri Besar N. Sembilan iaitu Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa bin Datuk Hj Abdul Samad berjumlah RM 20,000.00. Atas keperihatinan beliau maka PSS sekarang telah berjaya diadakan dengan mengambil alih bilik-bilik darjah di blok tersebut untuk dinaik taraf menjadi perpustakaan, bilik AV dan bilik BBM. Maka pada bulan Julai dan Ogos 1990, PSS telah berpindah ke blok yang sedia ada kini.






Guru-guru yang terlibat dalam usaha pembentukan PSS ini ialah Puan Rosni bt Mahadi, Puan Fadillah bt Hj Harun dan Cik Mariahni bt Mohamad. Pengetua yang memimpin usaha ke arah pembentukan PSS ini ialah Tn. Haji Abdul Aziz bin Saleh dengan dibantu oleh GPK Akademik En. Saari bin Hj Awaluddin dan GPK HEM, En. Mahmud bin Kassim. Pegawai PKG yang membantu pula ialah En. Lokman bin Hitam yang pada ketika itu menjadi pegawai PKG kawasan Linggi. PKG kawasan Linggi di letakkan di SK Linggi sebelum ditukarkan menjadi PKG Rantau.






Setelah segala usaha untuk pembentukan PSS ini selesai, maka upacara perasmiannya telah diadakan pada 29 April 1993 bersamaan 7 Zulkaedah 1413Hijrah. Perasmian dilakukan dengan gilang-gemilang oleh Tan Sri Dato' Sri Utama Hj. Mohd Isa. Beliau turut diiringi oleh Timbalan Pengarah Pelajaran JPNS, En. Zainal Abidin bin Mohd Yusof, pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil jabatan, ketua-ketua masyarakat dan masyarakat di sekeliling Mukim Linggi.






Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar perasmian PSS SMKDMY yang penuh gilang-gemilang itu.

1 comment:

  1. Hai....ikhtiarkan gambar tuuu supaya berita ni menarik....

    ReplyDelete